Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana memang sinonim dengan imej seksi dan sering memuat naik gambar berpakaian terdedah sehingga menampakkan ‘aset’ yang tidak sepatutnya.
Baru-baru ini, Zizi memuat naik videonya bertudung sambil menyanyikan lagu sempena bulan Ramadan. Rata-rata netizen memuji Zizi yang cantik bertudung. Tidak kurang juga ada yang mengecam dan memberi pesanan kepada Zizi supaya jangan jadi penunggang agama.
Tidak mudah melatah dengan kritikan dari netizen, Zizi memohon agar mendoakan yang baik-baik serta berhenti mengecamnya dan menggelar dirinya munafik.
“Doa yang baik saja buat kita semua, berhenti-hentilah ‘membawang’. Senang cakap, saya bukan jenis acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum,” ujarnya kepada Media Hiburan.
Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk Zizi. Mana tahu akan terbuka hati untuk tampil lebih sopan lepas ni. Tapi tak sangka, bulan puasa ni pun ramai juga yang suka ‘membawang’.
sumber : rotikaya