Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Ke-8 Malaysia

Posted on

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Ke-8 Malaysia| Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), telah dipekenan oleh Yang Di-Pertuan Agong melantik beliau menjadi Perdana Menteri Ke-8 pada 29 Februari 2020.

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ini merupakan ringkasan biodata tentang Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.

Kandungan

Jawatan Tertinggi Pernah Disandang;

  • Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia
  • Timbalan Presiden UMNO
  • Bekas Menteri Besar Johor
  • Menteri Belia dan Sukan
  • Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kehidupan awal

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat.

Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato’ telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Jawatan Kerajaan

1.Pada tahun 1981 – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia

2. Pada tahun 1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

3. Mei 1995 – Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9

4. Disember 1999 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

5. Januari 2004 – Mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

6. Pilihan Raya Umum Ke 11 – Dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

7. Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen

8. Membangunkan aktiviti golf di Malaysia

9. 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timblaan Pengerusi Barisan Nasional

10. Julai 2015 – Dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri

11. 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

12. Ogos 2016 – Masuk dalam parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

13. Dilantik menjadi Presiden Parti BERSATU

29 Februari 2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.