Bocah Telan Peluit Terompet, Helaan Napas Sang Anak Berbunyi Nyaring

Posted on

“Awasi anak-anak ketika bermain”, itu yang dikatakan pembaca berita dari sebuah televisyen Indonesia.

Seorang kanak-kanak berasal dari Bandung, Indonesia, Asep Yaya berusia 9 tahun akhirnya mampu bernafas secara normal selepas melakukan pembedahan mengeluarkan wisel yang tersangkut pada kerongkongnya.

Kandungan

Nafas Berbunyi Pelik.

Menerusi laporan Kompas, Asep dengan tidak sengaja tertelan wisel ketika bermain.

“Wisel plastik itu adalah daripada tapak sandal kanak-kanak yang bila dipijak akan mengeluarkan bunyi,” kata Subandi, bapa kepada kanak-kanak ini.

Tambah Subandi lagi, sejak dari itu nafas Asep akan mengeluarkan bunyi pelik. Bunyi halus dan nyaring kedengaran semasa anak ini mencungap kepenatan atau ketika dia tidur nyenyak.

Diejek Teman-teman.

Sepanjang tempoh itu, Asep tidak mahu ke sekolah kerana murid lain sering membulinya kerana bunyi pernafasannya yang pelik.

Asep memberitahu kepada ibubapanya yang dia malu lantaran bunyi yang dikeluarkannya itu. Malah teman-teman juga sering mengejeknya.

Namun begitu, wisel tersebut tidak menganggu selera makan atau pencernaan Asep.

Berjaya Dikeluarkan Tanpa Pembedahan.

Setelah dua bulan, akhirnya wisel tersebut berjaya dikeluarkan melalui prosedur tanpa pembedahan bronkoskopi di Hospital Hasan Sadikin Bandung.

Sumber: Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.