Body Shaming

‘Body Shaming’, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah – PDRM

Posted on

Perlakuan mengejek atau ‘membahan’ bentuk fizikal seseorang individu secara terbuka mahupun melalui gajet adalah satu tindakan yang umum kita tahu sebagai perbuatan yang tidak baik.

‘Body shaming’ ataupun dalam bahasa Melayu ‘ejekan tubuh’ ini dilihat semakin berleluasa seiring dengan penggunaan media sosial yang meluas.

Ejekan tubuh ini termasuk perbuatan memalukan seseorang terhadap tubuh, warna kulit, atau penampilan mereka.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) melalui Facebook rasmi mereka bahawa perbuatan ini disifatkan sebagai kesalahan jenayah.

BACA : Ini Perbezaan 4 Varian Proton X50 Yang Ditawarkan, Boleh Buat Pra-Tempah RM500

‘BODY SHAMING’ ADALAH JENAYAH

Perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b).

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming’ dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.