Gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi Waze untuk ke lokasi dituju, seorang wanita tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi .
Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.
“Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi Waze
“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,” katanya.
Difahamkan, anggota bomba turut membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam selut tanah merah. Sumber Artikel: Sinar Harian
Artikel Berkaitan Waze Dan Wanita …
Wanita Ini Pandu Keretanya Masuk Tasik Kerana Terlalu Percayakan GPS
Sistem global positioning system(GPS) dan aplikasi jalan seperti Waze atau Google Maps tidaklah 100 peratus tepat. Kadangkala ada saja jalan yang salah yang aplikasi ini tunjuk kepada kita.
Kerana terlalu percayakan sistem GPS keretanya, seorang wanita di Ontario, Canada memandu keretanya terus ke dalam tasik. Biasanya jalan itu digunakan untuk menunda kapal tetapi sistem GPS mungkin menganggap jalan itu sebagai jalan raya.
Menurut Canadian Press, wanita itu memandu di waktu malam yang berkabus dan disebabkan jarak penglihatan yang terbatas, beliau berharap sahaja kepada GPS kereta miliknya untuk menunjuk arah. Statement nak cover malu rasanya.
Jadi, anda pun berhati-hati di jalan raya ya?
Banyak lagi kisah kisah tentang WAZE ni, tapi kalau sampai masuk dalam tasik ni agak pelik la.. dia bawa kereta tak tengok depan ke apa?
Hati hati la geng .. zaman dulu takde waze takde pun masuk dalam tasik atau masuk dalam ladang kelapa sawit. huhu!
sumber : Kualalumpurviral