Ustaz Ebit Lew : Sebak Melihat Mak Cik Dan Anak Syurga Mengemis Sewaktu Insan Lain Enak Tidur

Posted on

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

EBIT LIEW KE BUKIT BINTANG

Seb@k bila pusing dekat dekat 12malam, malam 1 Rejab di Bukit Bintang tengok tepi jalan ada makcik dengan anaknya ini sedang minta sedekah tepi jalan.

Saya teringin nak tolong. Saya ajar kalimah doa pada ibunya dan amalan serta nasihat kata semangat. Saya ciumnya teringin nak peluk anak ini.

Duhai anak ini ujianMu kerana Allah sayang…

Ujian saya yang melihatnya, sedang tidur lena dalam air-cond dan makan banyak… Ada orang tak upaya tidur terbaring tepi jalan minta bantuan.

Malu rasanya di akhirat nanti. Maafkanlah diriku ya Allah. Bila anak ini terbaring tepi jalan. Hilang kata tengah malam. Semoga Allah bantu mereka. Saya beri sedikit hadiah padanya. Ya Allah tuhanku…

Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan semua ibubapa yang diuji begini. Allah sayang semua. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Semoga satu hari nanti diberi kekuatan untuk bantu semua yang dijalanan ini. Dia diuji kita juga diuji..

(VIDEO) RAKAMAN YANG DIMUAT NAIK EBIT LIEW SEWAKTU MENZIARAHI ANAK TERSEBUT

Sumber : Ebit Liew & telaganbiru

NOTA EDITOR :

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Yang Penting, Sejauh mana peranan kita untuk membantu dan sama-sama meringankan beban saudara-saudara kita yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.