Berhadapan dengan masalah ekonomi semasa, ramai di kalangan kita ingin memcuba bisnes sendiridek kerana kewangan dan perbelanjaan isi rumah tidak dapat ditampung bila mana hanya suami sahaja yang bekerja ketika ini.
Atas alasan ini juga telah ramai isteri bangkit untuk bisnes sendiri demi membantu suami dalam mencari pendapatan tambahan. Usaha ini amatlah murni dan baik, setidak-tidaknya bebanan yang ditanggung oleh suami dalam mencari rezeki dapat diringankan.
Kalau hendak diikutkan, berniaga sendiri menjadi antara pilihan ramai wanita masa kini untuk mendapatkan pendapatan yang mampu memberi lebih keuntungan. Di samping ruang waktu bekerja yang lebih fleksibel, dapatlah kiranya membahagikan masa untuk keluarga.
Pun begitu, dalam ghairah berniaga setelah melihat keuntungan yang berlipat kali ganda dan pastinya berjaya membantu suami menambah pendapatan isi rumah, status sebagai isteri perlulah berada pada batasnya. Hal ini jangan pernah dilupakan.
Bersama ini disertakan tip sebagai peringatan oleh Mariah Doksil yang juga merupakan seorang isteri yang berniaga sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.
1. Penting untuk ada redha suami dalam bisnes, kerana keberkatan hidup rezeki terletak pada suami.
2. Jaga adab, dan hati-hati jangan sampai tinggi suara, jangan rasa diri pendapatan berniaga lebih banyak terus rasa lebih hebat. Ini semua ujian buat kedua-dua pihak.
3. Jangan sampai suami rasa terabai. Lelaki ini suka pendam. Kesannya nanti mungkin bukan sekarang tetapi kemudian.
4. Bincang dengan details target berniaga dan set apa do and don’t untuk kedua-dua belah pihak.
5. Isteri tetap isteri. Kena taat dan jaga maruah.
6. Jangan abaikan anak. Ajarkan mereka berdisiplin, dan kitapun kena tunjuk bahawa mereka adalah keutamaan, bukan wang ringgit. Suap anak dengan kemewahan takut jadi macam Anakku Sazali.
7. Kerap luangkan masa dengan suami dan anak-anak TANPA HANDPHONE di sisi.