Budak 10 Tahun Pergi Ke Mall Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Di Kedai Elektronik Untuk Siapkan Homework

Posted on

Budak 10 Tahun Pergi Ke Mall Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Di Kedai Elektronik Untuk Siapkan Homework. Guilherme Santiago, pelajar berusia 10 tahun yang tinggal di Recife, Brazil tidak memiliki komputer di rumahnya kerana keluarganya tidak mampu membeli komputer.

Di sekolahnya pula, pelajarnya diperlukan membuat kerja sekolah menggunakan komputer. Guilherme bagaimanapun tidak putus asa malah dia mempunyai idea yang amat bijak.

Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kedai eletronik dan menggunakan tablet yang dipamerkan di situ untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Dia menggunakan tablet Samsung untuk mencari bahan yang diperlukan dari Internet, kemudian menulis di dalam buku notanya.

Gelagatnya yang berdiri sambil membawa beg sandangnya melakukan tugasan sekolahnya dengan begitu asyik sekali telah dirakam seorang pengunjung kedai itu.

Video itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial sebelum dikongsi di Twitter dan sehingga kini ditonton 12.5 juta kali. Menurut salah seorang pekerja di kedai itu, pada mulanya Guilherme hanya menggunakan telefon bimbitnya untuk mencari bahan.

Dia kemudiannya mempelawa Guilherme masuk ke kedai itu dan menggunakan komputer tablet yang dipamerkan di situ.

Orang ramai yang menonton video ini memberi pelbagai reaksi dan kebanyakkanya memuji tindakan pekerja yang begitu perihatin dan baik hati kerana sudi membantu Guilherme. Namun ada juga yang mengkritik sekolah Guilherme kerana tidak menyediakan komputer secukupnya untuk kegunaan pelajar mereka.

Sekolah Guilherme iaitu Sekolah Bandaraya Abilio Gomes, mempunyai 278 pelajar dan hanya mempunyai 12 komputer jenis tablet untuk kegunaan semua pelajarnya.


Ekoran video Guilherme yang tular sekali gus menyebabkan jenama Samsung menjadi popular serta-merta. Samsung mendermakan dua buah tablet kepada Santiago dan segala urusan pembayaran dan insurans ditanggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.