SEORANG kanak-kanak perempuan maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan tangan basah.
Menurut mak sepupunya yang dikenali sebagai Cik Nana, mangsa, Nur Fadila, 4, dipercayai baru sahaja selesai dimandikan oleh bapanya sebelum mencapai telefon milik bapanya yang sedang dicas.
“Arwah baru sahaja dimandikan oleh bapanya. Selepas keluar tandas, bapanya beritahu supaya tunggu sekejap nanti bapa siapkan.
“Si bapa kemudiannya masuk semula ke dalam tandas untuk mengambil tuala. Selang beberapa minit dia dengar bunyi benda jatuh lalu bapanya membuka pintu dan tengok arwah anaknya sudah kaku dengan badan kebiruan,” katanya.
Menurut Cik Nana, bapanya cuba menyelamatkan arwah dengan menarik tangan anaknya tetapi Allah lebih menyayanginya.
Arwah kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Cik Nana sempat berpesan kepada para ibu bapa supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di rumah.
“Semoga kejadian itu menjadi panduan kepada para ibu bapa dalam memastikan rumah sentiasa selamat daripada anasir-anasir yang berbahaya.
“Jangan ambil mudah perkakas-perkakas elektrik yang berada di rumah kerana ianya boleh membawa maut jika tidak dijaga dengan betul,” katanya.
sumber : kulihatlangitbiru