Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berang apabila apa pihak yang kurang senang dengan tindakannya memuat naik gambar kenangan bekas suaminya bersama anak-anak di media sosial semalam.
Ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati dan masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah berpisah.
Tidak dapat menahan sabar dengan segala tohmahan dilemparkan padanya, Intan meluahkan perasaannya menerusi Insta Stories, memberitahu tindakannya itu tidak salah dan gambar tersebut hanyalah gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude.
Katanya lagi, dia tidak pernah meroyan ataupun masih terkenangkan lagi memori bersama bekas suaminya itu. Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan kerana menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.