CARA BUAT TEMPAHAN JANJI TEMU KE PEJABAT POS UNTUK URUSAN RENEW ROADTAX DAN LESEN
Pihak Pos Malaysia memaklumkan pengguna boleh mula menghadiri cawangan Pejabat Pos berdekatan untuk urusan renew lesen/roadtax di kaunter.
Namun begitu, pengguna perlu membuat janji temu online terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan orang ramai yang ingin menyelesaikan urusan mereka di Pejabat Pos.
Bagaimana?
Suaraviral berikan artikel Cara Buat Janji Temu Pejabat Pos Online: Renew Roadtax & Lesen sebagai panduan lengkap untuk memudahkan urusan anda ke Pejabat Pos.
Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.
Jom baca!
Kandungan
Cara Buat Janji Temu Pejabat Pos Online: Renew Roadtax & Lesen
Tujuan sistem Janji Temu diperkenalkan adalah untuk mengelakkan kesesakan di Pejabat Pos yang berpotensi untuk menyebarkan virus pandemik Covid-19.
Anda dinasihatkan untuk mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis POS Malaysia.
Orang ramai diingatkan agar mengelakkan daripada mengunjungi Pejabat Pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID19.
SECARA ONLINE
Suka untuk kami ingatkan bahawa mereka yang ingin hadir hanya boleh membuat satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak melebihi daripada tiga urusniaga setiap janji temu.
Anda hanya boleh mula membuat janji temu bermula 8 Ogos 2021.
Ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah untuk menetapkan appointment di Pejabat Pos berdekatan anda:
JANJI TEMU ONLINE DI PORTAL POS MALAYSIA
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI POS MALAYSIA
- Kemudian pilih menu ‘OUTLET FINDER’
- Pilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda
- Klik pada link ‘Janji Temu Online’ dan isikan semua butiran yang diminta
- Simpan slip temujanji / screenshot sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos
JANJI TEMU ONLINE DI APLIKASI POS MALAYSIA
- Pengguna perlu muat turun aplikasi Pos Malaysia ke telefon pintar terlebih dahulu.
- Kemudian daftar dan log masuk.
- Pilih negeri> cawangan pejabat pos> klik pada pautan yang disediakan.
Selesai!
Maklumat Lanjut Online
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:
- Pihak Pos Malaysia di AskPos: www.pos.com
- ATAU seperti yang tersedia di skin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.