Mungkin dalam kalangan kita ada yang tak sempat untuk membuat permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kan. So bagi yang belum buat, boleh follow tips ni. Online saja.
Kandungan
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu
3. Maklumat Permohonan
A. MAKLUMAT PEMOHON
Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.
• Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatik
berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
• Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
• Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2024,
paparan berikut akan dipaparkan:
(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
• Kahwin
• Cerai
• Kematian Pasangan
• Bujang
(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan,
isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status
Perkahwinan,
• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
• Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan
maklumat Poskod yang diisi.
(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
Rujuk lampiran Senarai Bank
(k) Masukkan Nombor Akaun Bank
(l) Isikan Alamat e-mel
B.MAKLUMAT PASANGAN
Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan
lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
• No. MyKad / MyPR / MyKAS
• Sijil Lahir
• No. Pasport
(b) Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
• Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama dan
Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
• Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan paparan
berikut akan dipaparkan:
• Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama dan
Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan pasangan perlu
dikemukakan ke LHDNM.
• Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain, permohonan
tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
Rujuk lampiran Senarai Bank
(f) Masukkan Nombor Akaun Bank
C. MAKLUMAT ANAK
i. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan
lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
ii. Pemakluman mengenai Maklumat Anak
iii. Tindakan seterusnya seperti berikut:
(a) Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
• Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan
dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu
dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
• Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
(b) Pilih Status Anak
• Anak Kandung
• Anak Angkat
(c) Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.
Baca: Semak Cara permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU
D. MAKLUMAT WARIS
(a) Pilih Maklumat Waris
• Anak Kandung
• Anak Angkat
(b) Pilih Hubungan
• Pasangan
• Ibu/bapa
• Anak
• Adik beradik
• Cucu
(g) Pilih Jenis Pengenalan Waris
• No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
• Sijil Lahir
• No. Passport
(c) Masukkan Nombor Pengenalan waris.
(d) Nama waris
• Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris akan
dipaparkan secara automatik
• Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport,
ruangan Nama perlu diisi.
(e) Isikan No Telefon Waris.
4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
Semoga bermanfaat, Permohonan Baru STR