daftar asb online

Cara Buka Akaun ASB Online (myASNB), Kini Lebih Mudah

Posted on

Cara Buka Akaun ASB Online (myASNB), Kini Lebih Mudah

Berita baik untuk mana-mana individu, ibu ayah yang nak buka akaun ASB untuk anak-anak atau diri sendiri, anda kini dah tak perlu nak beratur atau keluar ke kaunter cawangan ASNB lagi.

Sekarang ni ASB dah boleh buka akaun secara online sepenuhnya!

Kalau belum biasa dengan pelaburan, ASB sesuai sebagai permulaan sebab ASB ni, risikonya rendah dan modal terjamin.

ASB ni sesuai juga untuk anda ‘park’ dana kecemasan.

asb

Sila baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang ASB dan juga tentang cara untuk membuka akaun ASB secara dalam talian (online) melalui Portal myASNB.

Amanah Saham Berhad (ASB)

ASB merupakan satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh sepenuhnya ASNB. ASNB pula ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASB ditawarkan pada harga tetap iaitu RM1 seunit.

Menerusi ASB, pelabur berpeluang mendapatkan pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh memperoleh dividen yang lebih tinggi berbanding simpanan individu di bank)

Apa Itu myASNB?

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Permodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online!

Langkah Membuka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online

Kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB. Untuk permulaan, pelaburan adalah serendah RM10 bagi kesemua tabung unit amanah ASNB. Sila rujuk langkah di bawah untuk membuka akaun pelaburan ASNB:

BACA: Tukar Kad Bank Maybank Secara Online,Terus Sampai Depan Rumah

Langkah 1

Sila muat turun (download) aplikasi myASNB.

daftar asb

Langkah 2

Sila sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
Sila isi maklumat di ruang yang disediakan.

Langkah 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.

daftar asb online

Langkah 4

Sila pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
Sila pilih kaedah pembayaran melalui pilihan bank yang tersedia.

Pembukaan dan pendaftaran Akaun anda selesai! Anda kini sudah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sila rujuk video tutorial di bawah untuk pencerahan:

Untuk peringatan, anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun tetapi jika anda sudah tahu cara online untuk melakukan kesemuanya, adalah lebih mudah untuk anda kerana melakukan secara online lebih menjimatkan masa dan juga tenaga.

Jika anda hadir ke cawangan ASNB untuk mendaftar, jangan lupa bawa dokumen-dokumen penting seperti di bawah:

Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
Pemohon yang berumur bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Sila pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu di pautan ini www.asnb.com.my

temujanji asb

Maklumat Lanjut Tentang Cara Buka Akaun ASB Online

Sila pastikan yang anda sudah memuat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang telah disediakan. Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.