Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

Posted on

Tahukah Anda, i-Suri (KWSP) adalah singkatan kepada Insentif Suri dan merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Peserta i-Suri (KWSP) layak untuk menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM40 sebulan atau RM480 setahun tertakluk kepada bayaran caruman minimum RM5 sebulan. Berikut dikongsikan cara daftar i-SURI untuk suri rumah buat panduan semua.

Untuk makluman, pendaftaran caruman sukarela insentif suri (i-Suri) boleh dibuat mulai 15 Ogos 2018 dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara.

i-SURI KWSP

Baca :Cara Memohon Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam

Panduan Cara Daftar i-SURI KWSP (Caruman Sukarela Insentif Suri)

Suri rumah, balu dan ibu tungal yang profil mereka didaftarkan di pangkalan data kemiskinan nasional (e-Kasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri bakal menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.

i-SURI KWSP

Maklumat lanjut berkaitan Program i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah boleh dirujuk seperti berikut :-

i-SURI KWSP

PEMBAYARAN CARUMAN

1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu MBB, PBB, BSN dan RHB
3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu MBB dan PBB

PERINGKAT / FASA i-SURI

Fasa Pertama : Kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP

Ke-2 : Kerajaan akan menaikkan kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ke-3 : Pada awal tahun 2020 2% sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri (Pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan)

Baca : Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan ( Peka B40 ) Online

i-SURI KWSP

Untuk maklumat lanjut mengenai e-Kasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000. Manakala, penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP serta merujuk Portal Rasmi KWSP.

One thought on “Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

  1. That is very attention-grabbing, You’re a very professional blogger.
    I’ve joined your rss feed and look ahead to looking for more of your excellent post.
    Additionally, I have shared your website in my social networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.