Simpanan Peribadi di KWSP/i-Saraan | Anda bekerja sendiri dan ingin memiliki simpanan hari tua? Kini anda boleh mula mencarum secara sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Insentif Persaraan (i-Saraan).
Malah, bermula 1 Januari 2018, kerajaan telah menawarkan sumbangan sebanyak 15% dari jumlah simpanan tahunan. Ini bermakna anda bakal menerima sumbangan maksima RM250 setahun daripada kerajaan bergantung kepada jumlah simpanan.
Cara membuat simpanan peribadi di KWSP/i-Saraan Bagi Yang Bekerja Sendiri
Antara kelebihan lain insentif ini adalah pencarum bebas membuat simpanan tanpa had minima dan masih berhak menikmati dividen tahunan mengikut jumlah simpanan. Selain itu, pencarum juga layak mendapat pengecualian cukai pendapat sehingga RM4000 dan melayakkan keluarga mendapat bantuan kematian sebanyak RM2500 sekiranya pencarum meninggal dunia.
Baca : Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
Syarat kelayakan insentif ini adalah warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah yang juga ahli KWSP berdaftar. Untuk membuat permohonan, ahli perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat dan mengisi borang KWSP 16G(M). Untuk memudahkan urusan pembayaran, ahli digalakkan mengemaskini maklumat dan membuat akaun i-akaun supaya transaksi dapat dijalankan secara atas talian.
Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mula mencarum melalui perbankan Internet. Berikut adalah cara-cara untuk membuat bayaran i-saraan ke dalam akaun peribadi.
1. Login ke laman perbankan internet
2. Buat bayaran kepada KWSP/EPF
Simpanan Peribadi di KWSP/i-Saraan
3. Sekiranya ahli telah membuat permohonan i-saraan di KWSP, pilihan i-saraan/i-suri akan tersedia. Buat bayaran seperti sediakala. And boleh memeriksa baki akaun melalui i-akaun KWSP setelah membuat caruman.
sumber : Salmie Shokordey & kwsp