Bantuan Zakat Kecemasan

Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan

Posted on

Untuk mereka yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka.

Perkara ini dikongsi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad melalui Twitter rasmi miliknya.

Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan

Menurut beliau, mulai Isnin, 13 April 2020, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai jam 8 pagi dan boleh dibuat menerusi link di bawah ini:

https://ebaitulmal.maiwp.gov.my

BACA: 4 Tanda Dana Kecemasan Anda Terlalu Besar

Beliau juga mengingatkan kepada pemohon yang telah memohon bantuan ini secara Whatsapp disediakan sebelum ini, agar tidak mengisi permohonan secara atas talian lagi. Ianya bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Akhir kata oleh Dr. Zulkifli, semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Join Telegram

Baca : Ibu Gigih Jual Jeruk Mangga β€œOnline”, Talian Hayat Keluarga Tampung Anak Sakit Paru-Paru Kronik

Microsoft Edge Akan Disokong Untuk Windows 7 Sehingga Julai 2021

Microsoft Edge merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya akhir-akhir ini. Ia hadir berasaskan enjin Chromium, selain turut menyertakan sokongan untuk pelbagai sistem operasi.

Pelayar web ini turut ditawarkan untuk sistem operasi Windows 7, dan memandangkan sokongan rasmi untuk sistem operasi berkenaan telah pun tamat, kini Microsoft mengatakan mereka akan menyokong Edge untuk Windows 7 sehingga 15 Julai 2021 kelak.

Ini bermakna, pengguna masih boleh menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada Microsoft Edge untuk tempoh setahun lagi sebelum memilih untuk menaik-taraf pelayar web atau sistem operasi anda.

Pihak Microsoft turut mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf ke Windows 10 dalam terus menikmati ciri baru dan juga perlindungan sekuriti yang baik.

One thought on “Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.