Cara Mudah Untuk Korang Mohon i-Sinar KWSP Kategori 1 Secara Online| Permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 1 menerusi program i-Sinar sudah dibuka bermula hari ini, 21 Disember 2020. Bagi yang ingin memohon, tidak semestinya korang memerlukan i-Akaun kerana terdapat dua jenis cara untuk mendaftar program i-Sinar ini.
Berikut adalah informasi yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norzi Md Ali tentang cara-cara untuk mendaftar.
Mohon i-Sinar KWSP
Ia terbahagi kepada dua, iaitu bagi pengguna yang tidak mempunyai i-Akaun dan juga yang boleh didaftar menerusi i-Akaun.
Jom kita semak bagaimana cara untuk mendaftar KWSP i-Sinar ini.
Permohonan tanpa i-Akaun
1. Sila klik Permohonan Baharu KWSP
2. Isikan nombor MyKad
3. Isikan nombor telefon bimbit, alamat email, alamat rumah, poskod, Bandar, Negeri
4. Pilih amaun pendahuluan (berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
5. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank
6. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
7. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah
8. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan
9. Klik Hantar
Cara mohon guna i-Akaun
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Pilih i-Sinar
3. Baca syarat & terma, klik OK
4. Klik seterusnya
5. Pilih amaun pendahuluan (berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan
6. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank
7. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online, masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
8. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah
9. Sila buat semakan butiran maklumat
10. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan
11. Klik setuju, klik permohonan TAC, kemudian masukan TAC
12. Klik Hantar
BACA: i-Sinar Diperluaskan Kepada Semua 8 Juta Pencarum KWSP, Maksimum Pengeluaran RM10,000
Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan, cubalah untuk memohon mana tahu ada rezeki korang nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Norzi Md Ali