Cara Semak & Bayar Bil Astro 2018 Secara Online & SMS
Buntu dah tak tahu mana nak semak bil astro , surat pun lambat sampai, tiba-tiba jer astro sudah potong, Bil astro tak sampai-sampai. Usah pening kini astro sudah menyediakan 2 cara semak bil astro 2018 terkini yang sangat mudah dan sistematik. Tidak perlu tunggu surat bil dari astro sampai rumah, tidak perlu tunggu astro dipotong baru sibuk nak bayar, semaklah dengan 2 cara ini iaitu melalui SMS dan Online.
Mudahkan dan tak perlu pening-pening lagi. Pastinya ini lebih mudah dan senang bagi individu yang jarang berada di rumah yang ingin menyemak status astro terkini serta tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran bil Astro.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan hujung jari sahaja, mudahkan?? Langkah-langkah untuk semak bil Astro adalah seperti berikut :
artikel berkaitan : Cara Mohon Skim MyDeposit Untuk Membeli Rumah Pertama
Cara Semak Bil Astro Secara SMS dan Online
1- Semak Secara SMS :
a) Semakan secara SMS dengan menggunakan no akaun Astro anda
ASTRO (jarak) BAL (jarak) AC (jarak) AC NO dan hantarkan ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 870102035556
b) Semakan secara SMS dengan menggunakan no IC pemilik akaun astro tersebut
ASTRO (jarak) BAL (jarak) AC (jarak) IC NO dan hantarkan ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 921806806112
2- Semak Secara Online : Anda perlu mendaftar di laman web rasmi Astro iaitu https://www.astro.com.my/ atau KLIK SINI.
*Pilihan paparan bil akan diberikan kepada anda sama ada anda boleh menyemak terus ke laman web Astro ataupun paparan bil dalam bentuk PDF menerusi email anda.
Tiada alasan lagi untuk anda cakap sibuk dan tidak ada masa untuk semak bil astro, sangat mudah dengan hanya perlu semak melalui dua cara iaitu sms atau online, pilihan di tangan anda. Selamat membayar bil astro.
saya nak semak baki astro.no ic 820426065690
Bill statement
Bagaimana cara nak semak Bil bulanan astro 2020