Cara Semak Jumlah Belanja Di Shopee| Shopee merupakan salah satu laman edagang popular, yang digunakan ramai dalam mendapatkan pelbagai barangan. Dengan populariti, dan pelbagai diskaun ditawarkan – ia sering membuatkan kita terbeli sesuatu barangan tanpa sengaja – sekaligus meningkatkan jumlah kita belanja melalui Shopee.
Terbaru, dalam mengetahui jumlah wang yang telah kita belanjakan di Shopee, salah seorang pembangun tempatan menyediakan sebuah kod ringkas yang boleh anda semak melalui pelayar web anda.
Bagi anda yang menggunakan Chrome di desktop, boleh mengikuti langkah berkenaan, dan mengetahui jumlah wang yang telah anda belanjakan melalui Shopee.
Untuk menyemak, anda perlu ke laman Github, dan salin kod yang ditawarkan.
Salin Kod Di Github Ahmad Saiful Bahri
Selepas salin, sila ke laman Shopee, dan pergi ke halaman “Pembelian Anda”
Seterusnya, klik-kanan pada laman berkenaan, dan pilih “Inspect”
Kandungan
Cara Tebus Kredit Shopee Sebanyak RM200 Bagi Oktober 2021, Tebus Sekarang!
Pada bahagian tab bawah, pilih Console.
Semak Jumlah Belanja Shopee
Semak : Shopee Pembelian Saya
Tampal kod yang disalin tadi, dan tekan Enter.
Skrip akan berjalan untuk beberapa saat, dan seterusnya pada penghujungnya memperlihatkan jumlah yang telah anda belanjakan.
Jadi, berapakah yang telah anda belanjakan sepanjang menggunakan Shopee?
Kerajaan dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini melancarkan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat RM200 bagi pembelian mesin basuh di Shopee.
Lihat SINI