Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

Kod QR Boleh Diimbas Sekali Sahaja, Ini Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

Posted on

Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin| Kerajaan baru-baru ini telah memberikan beberapa kelonggaran dan kemudahan tambahan bagi sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Covid-19, antaranya kebenaran makan di restoran atau dine-in.

Setiap individu yang lengkap dos vaksinnya akan diberikan sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Bagaimanapun, dipercayai ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan menggunakan sijil digital vaksin palsu untuk mendapatkan manfaat kelonggaran tersebut.

Jadi, bagi setiap penjaga premis, bagaimanakah caranya untuk kita menyemak ketulenan sijil digital vaksin yang sebenar? Mari ikuti perkongsian oleh pengguna Facebook Marco Lazzaro di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Cara semak ketulenan sijil digital vaksin COVID-19

Sejak kerajaan telah memberikan kelonggaran dan premis tertentu pula mengenakan syarat hanya penerima vaksin boleh masuk, ada golongan tertentu yang menolak vaksin cuba memalsukan sijil digital vaksin Covid-19 supaya mereka dapat mengakses kemudahan yang diberikan kepada penerima 2 dos vaksin.

Bagaimana jika mahu semak sijil tersebut sama ada tulen atau tidak?

1.  Buka sijil digital dalam MySejahtera. Klik pada ikon ‘Show QR’ di bahagian bawah.

Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

2. QR sijil digital yang sebenar akan muncul. Scan QR code ini.

Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

3. URL yang bermula dengan https: // vxcert… akan terpapar dan apabila pergi ke website itu. Google Lens digunakan untuk contoh kali ni. 

Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

4. Sijil digital yang sah akan dipaparkan. 

4. Sijil digital yang sah akan dipaparkan.

5. URL dalam QR Code (seperti dalam gambar 3) hanya boleh diimbas dan digunakan sekali sahaja. Apabila ia diimbas dan cuba digunakan berulang kali, “Invalid Authentication Code!” akan terpapar. Penerima vaksin perlu menjana kod baru dengan ulang langkah sebelum ini.

mysejahtera

BACA: Cara-Cara Buat Temujanji KWSP 2021: Tukar/Batal Temujanji KWSP Online

Ciri keselamatan hanya sekali QR Code boleh diimbas untuk sekali guna bertujuan untuk mengelakkan QR Code sijil digital dicetak dan disalah guna.

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mereka yang ditugaskan untuk menyemak sijil digital milik orang ramai. Harap mereka yang bertugas tegas dalam melaksanakan amanah.

Kerajaan Arab Saudi juga wajibkan vaksin bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah Haji. Kewajipan vaksin ini adalah sebelum Covid-19 muncul lagi.

Vaksin adalah ikhtiar sesuai dengan tuntutan sunnatullah & syariatullah. Penentuan kelebihan bagi penerima vaksin oleh pihak berkuasa atau pemilik premis bukanlah diskriminasi atau “Medical Apartheid” seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Rujuklah ahli dalam bidangnya yang amanah dan patuh dengan landasan ilmu yang betul.

Jadilah sang penguasa yang bijaksana!
Marco Lazzaro, RPh.

Sumber: FB Marco Lazzaro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.