Cara Semak Penyata Dan Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water

Posted on

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana dengan membayar bil Indah Water yang  mampu membuatkan persekitaran kita menjadi lebih baik? Jom Semak Penyata Dan Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water.

Dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Maka disinilah Indah Water akan memainkan peranan mereka.

Misi mereka ialah untuk menyediakan perkhidmatan pembentungan yang efisien kepada semua pelanggan.

Indah Water Konsortium (IWK)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, merupakan syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, yang mana merupakan sebuah syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sistem Pembetungan Bersambung ke Loji Olahan Kumbahan

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk:

Memelihara sumber air.
Melindungi kesihatan awam.
Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Oleh itu, kita perlu menjalankan tanggungjawab dengan membayar bil kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Indah Water bagi memastikan persekitaran kita terjaga.

Kos yang dikenakan juga tidak membebankan. Anda boleh rujuk info dibawah untuk jumlah kos yang dikenakan :-

Premis domestik (seperti rumah kediaman) dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.
Premis kerajaan pula dikenakan caj bulanan berlandaskan jumlah caj tetap dan caj tambahan berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.
Caj asas ditetapkan pada RM40 sebulan untuk perkhidmatan bersambung dan RM25 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu yang menerima perkhidmatan pengosongan oleh IWK.
Caj bulanan untuk premis komersil terdiri daripada jumlah caj asas, berdasarkan nilai tahunan hartanah serta caj tambahan. Ia berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.

Cara Jelaskan Bil Indah Water

Terdapat beberapa cara disediakan untuk memudahkan anda menjelaskan bil perkhidmatan Indah Water, antaranya :-

Perbankan Internet

  • www.Maybank2u.com.my bagi pemegang akaun Maybank sahaja.
  • www.cimbclicks.com.my bagi pemegang akaun CIMB sahaja.
  • www.mbfcards.com (MBF “Click n’ Pay”) bagi semua pemegang kad kredit Master.
  • www.rhbbank.com.my bagi pemegang akaun RHB sahaja.
  • www.pbebank.com bagi pemegang akaun Public Bank & Finance sahaja.
  • www.AmOnline.com.my bagi pemegang akaun AmBank sahaja.
  • www.bankislam.biz bagi pemegang akan Bank Islam sahaja.
  • www.eonbank.com.my bagi pemegang akan EON Bank sahaja.
  • www.posonline.com.my

atau anda boleh juga menggunakan medium lain seperti :

Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

Mesin Juruwang Automatik (ATM) – Public Bank & Finance, AmBank, RHB Bank.

Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK

Lokasi di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

Perbankan Telefon

Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
MBf “Call n’ Pay” (Tel: 03-2167 7600)
Pembayaran melalui akaun

Maybank (Ampang Park) : No. akaun – 514057242404
AmBank (Pusat Bandar Damansara) : No. akaun – 2292022000083
Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)

Pos Malaysia
Bank Simpanan Nasional
AmBank
Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)

Public Bank & Finance
Maybank & Mayban Finance
Bank Islam
EON Bank
Pejabat Unit Indah Water
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, anda boleh layari:

Website: www.iwk.com.my
Facebook: fb.com/IndahWaterKonsortium
Twitter: @iwkcomms

Carian Ke Post Ini:

  • semakan indah water bill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.