Carian Google Classroom | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan sekolah dan semua institut pengajian terpaksa ditutup. Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk memberi latihan kepada para pelajar.
Menurut data Google Trends, Malaysia menjadi antara negara paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah.
Dalam tempoh sebulan iaitu kira-kira sejak bermulanya PKP pertama pada 18 Mac lalu, Malaysia antara negara tertinggi pencarian Google Classroom.
Setakat data penggunaan dalam tempoh 24 jam (17 April), Malaysia merupakan negara tempat pertama dengan carian tertinggi laman tersebut, diikuti Indonesia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Singapura.
BACA: Jangan Terpedaya Tawaran Muat Turun Aplikasi WhatsApp Gold
Negeri tertinggi mencatatkan akses terhadap laman itu ialah Pulau Pinang, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.
Berdasarkan rekod selama 12 bulan pula, Amerika Syarikat mendahului di tempat pertama diikuti Hong Kong, New Zealand dan Malaysia.
Bermula 1 Julai 2019 lalu, Kementerian Pendidikan telah menukar penggunaan platform pembelajaran atas talian Frog VLE kepada Google Classroom.
Antara platform atas talian lain yang turut digunakan untuk pembelajaran jarak jauh ialah Zoom, Google Hangout dan Skype.
Sumber: Google Trend