Kira-kira 1,300 orang terpaksa dipindahkan dari kapal persiaran MV Viking Sky menggunakan 5 helikopter dan beberapa buah kapal lain. Menurut pihak berkuasa Norway, kapal itu mengalami masalah dibahagian enjin.
Lebih menakutkan, kejadian yang berlaku (enjin mati) itu terjadi sewaktu angin bertiup kencang dan menyebabkan ombak naik begitu tinggi. Hal ini ternyata menimbulkan perasaan panik penumpang.
Viking Sky telah menghantar isyarat kecemasan untuk memaklumkan perkara tersebut. Menurut laporan terbaru, kapal itu telah berjaya menghidupkan satu enjinnya dan bergerak kepersisir pantai.
Berita mengenai insiden cemas itu diterima pada jam 2.00 petang waktu tempatan. Saksi, John Curry memaklumkan bahawa ketika kejadian itu terjadi, beliau sedang makan tengahari sebelum merasakan kapal itu seolah bergoncang.
“Cermin tingkap pecah dan air meluru masuk ke dalam kapal dan keadaan ketika itu sangat kelam kabut. Bukan Senang saya nak lupakan kejadian tadi”
Janet Jacob yang merupakan seorang saksi berkata :
“Saya tak pernah melihat sesuatu yang menakutkan sebegini, saya mula berdoa untuk keselamatan semua penumpang dalam kapal ini”
Para penumpang dibawa ke dewan untuk berehat dan mendapatkan rawatan (Gambar : Reuters)
Seorang nelayan, Jan Erik Fiskerstrand merupakan pemilik bot yang mula-mula sekali membantu menyelamatkan mangsa MV Viking Sky.
Erik berkata kepada media bahawa nyawa penumpang dalam bahaya sekiranya kapten tidak mendapatkan bantuan segera.
Itu kerana kapal tersebut berisiko untuk berlanggar dengan batu-batu jika sauh tidak diturunkan atau enjin kapal tidak dihidupkan.
Keadaan dalam kapal yang terombang-ambing (Gambar : ABC)
Seorang penumpang sempat memuat naik status di laman twitternya :
“Bateri phone hampir habis dan semua orang tidur di merata-rata tempat. Mungkin ini tweetku yang yang terakhir”
Doa yang baik baik sahaja
Bantuan mulai tiba pada jam 2.40 waktu tempatan. Dilaporkan sebanyak 8 orang dari penumpang tercedera. Kebanyakkan penumpang merupakan warga negara British dan Amerika.
Institut Meteorologi Norway mengatakan keadaan ombak setinggi 10 meter malah satu bot penyelamat terpaksa kembali ke kapal (penyelamat) kerana keadaan ombak yang terlalu “kejam”.
Cermin Pintu Yang Pecah
Kerusi Kerusi berselerak jatuh ke lantai
Jom Lihat Video Dibawah :
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : BBC.com & Alexus Sheppard
1 comment