Mingggu lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Vida telah melancarkan lagu rayanya berjudul ‘Lavida Raya’. Siapa sangka, dalam masa 18 jam lagu tersebut menjadi tontonan ramai dan menjadi trending nombor satu YouTube di Malaysia.
Baru-baru ini, Datuk Vida dijemput untuk menyanyikan lagu raya tersebut dalam sebuah rancangan hiburan. Anak-anaknya, Cik B dan Kacak turut serta untuk memeriahkan lagi program tersebut.
Namun, ada pula perkara yang tidak sedap didengar apabila ada segelintiri netizen mengkritik penampilan Cik B yang selekeh dan pakaiannya yang terlalu ketat. Ada juga yang mempersoalkan imej anaknya sedangkan ibunya boleh dikatakan seorang ‘diva’.
Komen dari netizen itu mendapat perhatian Datuk Vida yang turut memberikan respon tentang kritikan tersebut. Datuk Vida memberitahu, anaknya itu tidak gemar untuk muncul di kaca televisyen. Tambahnya lagi, pakaian Cik B kelihatan agak sendat kerana memakai baju sehingga dua lapis.
Ada juga netizen yang memberikan semangat buat Cik B untuk tidak mempedulikan kritikan mereka yang bermulut longkang. Bagi mereka, Cik B baru berusia 12 tahun dan sepatutnya menikmati zaman kanak-kanaknya.
Tak pasal-pasal budak berusia 12 tahun pun korang nak kritik. Cik B masih muda lagi, dah dewasa nanti baru la boleh cantik-cantik seperti ibunya.
sumber :rotikaya