Penghargaan diberikan netizen buat kakitangan perubatan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam mengambil risiko bagi merawat pesakit-pesakit warga China yang dikuarantin akibat wabak coronavirus.
Namun tidak lupa buat tukang cuci di hospital berkenaan yang melakukan tugasan lebih mencabar demi memastikan virus berbahaya itu tidak merebak kepada orang lain.
Menerusi laman Twitter, seorang pemuda Faris Mahadi memohon doa orang ramai agar bapanya yang bekerja sebagai tukang cuci dan kakitangan lain bebas daripada jangkitan virus tersebut.
Pray for my dad and all their cleaning staff at Hospital Sungai Buloh, Selangor from infection of Coronavirus ..
Siapa kata yang kerja cleaner ni mudah je, time kena mcm ni sangat mencabar bagi mereka..#coronavirus #nCoV pic.twitter.com/w9PeFWzYq5— FarisMahadi (@mdfar8_) January 26, 2020
“Pray for my dad and all their cleaning staff at Hospital Sungai Buloh, Selangor from infection of Coronavirus . Siapa kata yang kerja cleaner ni mudah je, time kena macam ni sangat mencabar bagi mereka,” tulisnya.
Menerusi posting tersebut, beberapa keping gambar dikongsi kelihatan bapanya mengenakan pakaian pelindung penuh sambil membersihkan beberapa tempat yang digunakan oleh pesakit.
Rata-rata mengakui tugasan tersebut amat mencabar terutama bagi membersihkan tempat rawatan di hospital dan mendoakan agar bapanya dilindungi Allah SWT.