Seramai 44 kes COVID-19 telah dilaporkan pulih pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, jumlah itu menjadikan peratus kes sembuh mencapai 80.9 peratus.
“Sebanyak 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 5,615 kes iaitu bersamaan dengan 80.9 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Sumber: KKM