Covid-19 : Kluster Lepan Kabu Estate Kg Pahi Kuala Krai

Posted on

Penduduk Kg Pahi hari ini dikejutkan dengan ‘kluster Lepan Kabu Estate’ bila lebih 73 sample saringan diambil melibatkan kanak-kanak, pekerja dan ahli keluarga pekerja Lepan Kabu Estate dan dari angka tidak rasmi, lebih 10 orang daripadanya sudah didapati positif covid-19 melalui ujian swab test yang dilakukan oleh PKD Kuala Krai pada pagi Khamis bertempat di dewan orang ramai Lepan Kabu Estate.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes penduduk kampung yang berumur 65 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Jun 2021 baru-baru ini. Kes ini mula menular di kalangan ahli keluarga sekitar dan yang lebih membimbangkan melibatkan pusat asuhan kanak-kanak pekerja Lepan Kabu Estate yang terletak di kawasan lokaliti tersebut.

Arahan penutupan pusat asuhan kanak-kanak dan melarang semua pekerja dan ahli keluarga keluar dari rumah mula dikuatkuasa oleh Tuan Pengurus Ladang Lepan Kabu Estate setelah mendapat pandangan dari pihak PKD Kuala Krai bagi mengelak ianya terus menular.

Penghulu Mukim Pahi, Mohd Khairul Anuar Mohd Nor turut menasihati penduduk sekitar tidak memasuki lokaliti terlibat bagi memutuskan rantaian covid-19. ‘Sehingga belum ada ‘lampu hijau’ dari pihak PKD, segala pergerakan di sekitar lokaliti kluster perlu dihadkan pergerakan’.

‘Bagi yang merasakan ada kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif, langkah awal membuat swab test amat dialu-alukan bagi mengawal ianya terus menular dalam komuniti penduduk’, ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.