Jangkitan Kluster Mengketil yang dikesan di beberapa daerah di Kelantan membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan merebak dengan cepat sehingga ke Besut, Terengganu dalam beberapa hari sahaja.
“Dalam tempoh lima hari, kluster ini dikesan merentasi negeri iaitu di Besut, Terengganu,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini, hari ini.
BACA : PKPB Di Seluruh Negeri Kelantan Berkuatkuasa Esok