Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,141 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 70,236 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,138 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.
Status Terkini COVID19, 4 Dis 2020
Kes sembuh=1,144
Jumlah kes sembuh=59,061 kes
Kes baharu positif=1,141 kes
(kes import=3 kes tempatan=1,138)
Jumlah positif=70,236 kes
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian=376 kes
Kes dirawat di ICU=129 kes
Bantuan Alat Pernafasan=53 kes pic.twitter.com/IVv7zhDkBY— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) December 4, 2020