Pandemik

COVID-19: Pandemik Mungkin ‘Datang Dan Pergi’ Untuk Tempoh Sehingga 2 Tahun- Pakar

Posted on

Pakar perubatan China menjangkakan COVID-19 mungkin boleh bertahan sehingga setahun atau dua tahun, lapor Central News Agency.

Ketua pasukan pakar klinikal COVID-19 Shanghai, Zhang Wenhong berkata, kemuncak penularan wabak ini dijangkakan berlaku pada April dan berakhir antara Mei dan Jun.

BACA : Israel Minta Bantuan Negara Islam Tangani Masalah COVID-19

Setelah berakhir pada musim panas, penularan COVID-19 mungkin muncul semula pada musim sejuk dan memuncak kembali ketika musim bunga 2021, katanya ketika persidangan video melibatkan konsulat China di Dusseldorf, German.

“Ada kemungkinan virus ‘datang dan pergi’ untuk dan bertahan untuk satu atau dua tahun,” katanya.

Zhang berkata pembendungan wabak itu akan menjadi sukar kerana ia bergantung kepada respon negara berbeza terhadap wabak itu serta bagaimana penularan itu berkembang secara global.

Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Huashan itu berkata, penularan COVID-19 di Eropah tidak akan berakhir segera.

“Lupakan idea pandemik akan berakhir di Eropah dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut beliau, apa yang China lakukan untuk hentikan virus itu adalah dengan menghentikan semua aktiviti di bandar-bandar.

“Hanya jika seluruh dunia setuju untuk berhenti bergerak dalam tempoh empat minggu, pandemik itu mungkin dapat dibendung,” katanya.

“Saya tak dapat bayangkan itu berlaku,” tambah Zhang.

Biarpun kadar kematian tidak setinggi Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), COVID-19 boleh menyebabkan 20 peratus pesakit menjadi sangat teruk, katanya.

Sehingga kini, lebih 378,741 orang di seluruh dunia positif COVID-19 sejak mula menular pada hujung tahun lalu.

Sumber: BERNAMA

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.