COVID-19: Sebanyak 601 Kes Positif Bukan Warganegara Malaysia

Posted on

Menerusi sidang media pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan statistik kes positif Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Menurutnya, terdapat 601 kes positif Covid-19, 356 kes sedang dirawat, 242 kes yang telah pulih dan tiga kes kematian dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah daripada kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka.

Daripada kesemua jumlah tersebut, mereka terdiri daripada lima negara utama iaitu Indonesia dengan 108 kes, Filipina dengan 104 kes, Bangladesh dengan 63 kes, India dengan 60 kes dan Pakistan dengan 51 kes.

Sumber: KKMPutrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.