COVID-19: Terowong Disinfeksi Tidak Berkesan, Berisiko Bahayakan Kesihatan

Posted on

Salah satu inisiatif yang dijalankan oleh rakyat Malaysia dalam mencegah jangkitan COVID-19 adalah mencipta terowong semburan nyah cemar yang kebiasaannya disediakan di tempat-tempat awam.

Namun, tahukah anda, semburan nyah cemar tersebut tidak berkesan untuk ‘membunuh’ virus di badan.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook hari ini berkongsi mengenai keberhasilan penyembur tersebut.

Difahamkan, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semburan alkohol atau klorin terhadap badan tidak dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.

Tindakan tersebut bukan sahaja tidak berkesan, malah ia mampu mendatangkan kesan bahaya kepada individu terutamanya pada mata dan mulut.

Selain itu, jelas PHM lagi, ia juga boleh menyebabkan alahan kepada kulit dan mungkin merosakkan pakaian.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood melalui perkongsian di Twitternya.

Justeru, PHM menasihatkan, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghasilkan terowong nyah cemar dan operasi penyemburan individu disarankan agar mempertimbangkan semula cadangan tersebut.

Sumber: Public Health Malaysia, Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.