Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,884 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini turut meningkat ke 56,659 kes, bersamaan 13,842 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Selangor dengan 1,203 kes (63.9 peratus), Sabah dengan 289 kes (15.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 166 kes (10.4 peratus).
Dalam pada itu, terdapat 883 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh meningkat ke 42,480 kes bersamaan 75 peratus.
Berita lanjut menyusul.
#COVID19 Terkini. 23 Nov. Kes baharu tertinggi pernah dilaporkan iaitu 1,884.
Selangor tertinggi (1,203) yang mana 1,060 kes daripada Kluster Teratai.
Negeri lain, Sabah (289), KL (196), Kedah (36), N.Sembilan (41).
🔴2 lagi kematian 🔴4 kluster baharu🔵3 kluster tamat.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 23, 2020
Sumber: KKM & siakap keli