Thailand hari ini melaporkan bahawa terdapat 50 kes baharu jangkitan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Suwanchai Wattanayingcharoenchai, 41 daripada 50 adalah mereka yang hampir dengan individu yang sebelum ini diuji positif untuk virus itu termasuk 18 yang menghadiri pertandingan tinju di Lumpinee Boxing Stadium pada 6 Mac.
Tambahnya lagi, lima dikaitkan dengan perhimpunan sosial di kawasan Thonglor dan Ramkhamhaeng, manakala 12 mempunyai sejarah yang hampir berhubungan dengan pesakit Covid-19 di tempat lain. Enam orang juga dijangkiti dari upacara keagamaan di Pattani dan Wilayah Songkhla.
Suwanchai berkata sembilan pesakit telah dijangkiti dari luar negara atau sumber tidak diketahui termasuk dua orang Thailand yang baru pulang dari United Kingdom dan dua Burmeses.
Sekurang-kurangnya 322 orang kini diuji positif COVID-19 di Thailand sejak wabak itu bermula.
#COVID19 Thailand confirms 50 new cases Friday, with tally rising to 322
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 20, 2020
Sumber:Khaosod English