Cuma 395,000 Rakyat Johor Layak Air Percuma

Posted on

Pemberian air percuma kepada sejumlah isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini, akan dilaksanakan bermula awal September depan.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata ini berikutan pelaksanaannya yang melibatkan perbelanjaan RM25 juta setahun sudah diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.

Menerusi semakan, beliau berkata dianggarkan kira-kira 395,000 rakyat Johor layak menerima pemberian air percuma berkenaan yang bernilai RM10.

“Ini bermakna kita menepati janji 100 hari,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor di sini, hari ini.

Dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Pakatan Harapan Johor berjanji memberi 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 selain akan memastikan rakyat menikmati bekalan air berkualiti tanpa gangguan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.