KKM Sahkan 29 Daerah Masih Zon Hijau, Sifar Kes Positif Covid-19| Sehingga 11 April jam 12 tengah hari, tiada pertambahan zon merah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kawasan yang ditanda zon merah kekal di 26 daerah setakat ini.
Sebanyak 29 daerah juga masih kekal berada di zon hijau. Penduduk yang berada di daerah zon hijau ini adalah amat penting untuk memastikan daerah anda terus kekal bebas Covid-19.
Semalam, KKM mengesahkan 3 lagi kes kematian akibat Covid-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 73 kes semuanya. Manakala, sudah 1995 kes telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
Daerah Masih Zon Hijau
Tiada pertambahan zon merah, kekal 26 daerah berdasarkan statistik terbaru sehingga 12pm, 11 April.
Sebanyak 29 daerah masih kekal zon hijau. Anda yang tinggal di daerah ini, pastikan daerah anda bebas #COVID19.
Amalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan KKM. pic.twitter.com/3BP6XLggDF
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 12, 2020
Sumber: KKM
Perkhidmatan Samsung S Voice Akan Dihentikan Pada 1 Jun
Lapan tahun yang lalu. Samsung S Voice dilancarkan pada Galaxy S3 sebagai alternatif kepada Google Now. Ia kemudian digantikan pula oleh Bixby sejak Galaxy S8. Tetapi masih terdapat peranti lama yang masih menggunakan S Voice da perkhidmatannya akan dihentikan bermula 1 Jun 2020.
Sekiranya S Voice digunakan pada tarikh di atas, aplikasi akan mengatakan ia tidak dapat bersambung kepada pelayar perkhidmatan. Model peranti yang akan terjejas akibat penamatan S Voice adalah seperti senarai di bawah. Berapa ramaikah di kalangan anda yang masih menggunakan S Voice?
Galaxy A3,Galaxy A5,Galaxy A7,Galaxy A8,Galaxy A9,Galaxy Note 2,Galaxy Note 3,Galaxy Note 4,Galaxy Note 5,Galaxy Note FE,Galaxy Note Pro 12.2,Galaxy S3,Galaxy S4,Galaxy S5,Galaxy S6,Galaxy S6 Edge,Galaxy Tab 4,Galaxy Tab 4 10.1,Galaxy Tab 4 8.0,Galaxy Tab S10.5,Galaxy Tab S8.4, Galaxy W