Baru saja mendirikan rumah tangga pada awal September lalu, boleh dikatakan apa saja perkongsian Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pasti akan menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, tiada siapa menyangka dua sahabat baik ini akan bergelar suami isteri. Bagaimanapun, foto terbaru yang dimuat naik oleh Ardell menimbulkan rasa kurang senang netizen dengan penampilannya.
Netizen tersebut meluahkan rasa pelik dengan pakaiannya serta meminta Ardell berpakaian lebih kemas lebih-lebih lagi dia kini sudah bergelar isteri. Menerusi gambar tersebut, Ardell memakai kemeja T dengan seluar kain pelikat.
Tidak hanya berdiam diri, Ardell membalas komen tersebut dengan tenang. Menurut Ardell, setiap orang berbeza dan turut menyindir netizen tersebut mengatakan dia akan belajar untuk bergaya supaya penampilannya tidak nampak serabut di mata netizen berkenaan
Terdahulu, perkahwinan pasangan itu menjadi perhatian apabila aksi Ardell yang dilihat seperti menggigil ketika menyarungkan cincin sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen dimana ada yang mendakwa pasangan itu hanya berdrama.
Bagaimanapun, Nadzmi tampil menjelaskan mengenai keadaan isterinya bahawa Ardell menghidap anxiety serta depresi yang teruk sebelum ini dan masih lagi dalam proses pemulihan.