Dah La Cantik, Solehah Pula Tu. Gadis Meniaga Tepi Jalan Niat Cuma Nak Tolong Kakak Tak Sangka Jadi Perhatian

Posted on

Seorang gadis penjual cilok yang sering berniaga di sekitar Lapangan Terbang Adi Soemarmo Solo telah menjadi tular selepas gambarnya dimuat naik di Instagram pada Selasa lalu.

Gadis tersebut, Utari Nur Alina telah memberitahu kepada pihak media yang menemubual beliau tentang bagaimana dia mula mendapat perhatian warganet.

” Ada ke sesiapa yang selalu datang bersiar-siar waktu petang di lapangan terbang di sini? Jom datang sini beli cilok”, tulis seorang pengguna yang memuat naik gambar Alina.

Perkongsian tersebut lantas mendapat reaksi dari warganet terutama penduduk setempat yang mengenali tempat tersebut. Sesetengah warganet mendakwa pernah membeli cilok di sana dan berkata penjualnya memang cantik.

” Wah, saya tahu tempat ini di mana, pernah beli cilok di sana memang sedap” tulis seorang netizen.

” Yang penting penjualnya cantik, solehah pula tu” tulis warganet lain.

Berdasarkan tinjaun terdapat ramai warganet yang ingin berhenti untuk membeli cilok di sana. Pihak media kemudian berkesempatan datang ke tempat Alina selalu berniaga bagi menemubual beliau.

Alina membertiahu beliau adalah penduduk Desa Demah Aban di Jawa Tengah dan dilahirkan di Wonogiri pada 14 Mac 2000. Alina kini sudah berusia 19 tahun dan masih bujang.

Alina turut mengesahkan gambar yang ditularkan di media sosial itu adalah dirinya.

” Ya, memang itu saya,” kata Alina kepada pihak media.

Dalam gambar yang dimuatnaik itu, Alina yang berpakaian hitam dan memakai tudung merah jambu sedang membungkus cilok yang dipesan pelanggan.

” Ada beberapa gambar yang tular itu, kakak saya yang mengambil gambar itu. Ada juga yang diambil dan dimuatnaik oleh pembeli saya” jelas Alina lagi.

Alina bagaimana memberitahu dia langsung tidak terfikir gambar dia sedang berniaga di tepi jalan itu akan menjadi tular dan mendapat reaksi positif dari pengguna media sosial.

” Saya terkejut sebab tiba-tiba gambar saya di internet, tak sangka pula jadi viral” katanya.

Tambah Alina, beliau telah berniaga cilok sejak lima bulan lalu sekitar bulan Jun 2019. Pada mulanya Alina hanya berniat mahu membantu kakaknya sahaja kerana tiada sambutan dari pembeli.

” Sebenarnya saya cuma nak tolong kakak meniaga sahaja.”

” Sebelum ini tiada sambutan, tak laku sangat” katanya.

Melihat keadaan itu, Alina kemudian bertekad untuk membantu memajukan perniagaan kakaknya itu.

” Syukur Alhamdulilah, selepas saya sama-sama bantu meniaga sekarang sudah ada perubahan, dah ramai pembeli” kata Alina yang kini sedang mengikuti latihan pekerjaan di Pusat Latihan Vokasional Surakarta (BLK).

Menurut Alina, perubahan drastik berlaku apabila beliau membantu menjual.

” Untung meningkat” katanya.

Sementara itu seorang pembeli dari Kampung Caden, Daerah Sabi, mengakui melihat gambar yang tular tentang Alina di laman media sosial, Facebook.

Disebabkan perasaan ini mencuba dan melihat Alina, Dhimas telah datang sendiri ke tempat di mana Alina selalu berniaga

” Bukan sekadar nak cuba cilok, saya juga nak lihat depan mata penjualnya yang cantik,” katanya.

Dhimas turut mengakui terdapat kesan positif daripada penggunaan media sosial di mana para penjual mampu meningkatkan jualan hasil dari produk yang menjadi viral.

p/s: Cilok bentuknya bulat-bulat seperti bakso, sebuah makanan khas Jawa Barat yang terbuat dari tapioka yang kenyal dan dimakan dengan sambal kacang, kicap, dan sos cili.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : tribunnews

1 comment

  1. aku tengok biasa je, tak de le cantik banget, tapi kalau dah dasar gatal bijik kelentit, apa pun cantik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.