Adik Dedah Ibu Tak Restu, Da’i Farhan Buang Keluarga?

Posted on

Hari ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang mengesahkan sudah pun mencerai isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua dengan talak satu menerusi WhatsApp.

Susulan itu, adik perempuan kepada Da’i Farhan iaitu Nik Fatma Amirah tampil meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan abangnya yang menceraikan kakak iparnya serta menyifatkan abangnya itu seorang yang tidak bertanggungjawab.

Malah, hanya kerana bersuara dan memberikan sokongan terhadap kakak iparnya, akaun media sosialnya telah disekat oleh Da’i Farhan. Menerusi perkongsian itu, Nik Fatma seolah memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga tidak merestui tindakan abangnya menceraikan Fatin.

Nik Fatma turut menitipkan pesanan buat ‘wanita’ yang merampas kebahagiaan rumah tangga abang dan kakak iparnya bahawa Allah itu Maha Adil dan akan membalas segala perbuatannya.

Dalam pada itu, Nik Fatma turut memohon orang ramai mendoakan agar abangnya sedar dan akan kembali semula ke pangkuan keluarganya.

Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.

SUMBER: ASTRO GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.