Daiyan Trisha

Daiyan Trisha Derma RM7,000 Bantu Golongan Miskin Cegah COVID-19

Posted on

Susulan penularan wabak COVID-19, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan topeng muka dan cecair sanitasi untuk mencegah bawak tersebut. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, harga barangan tersebut mendadak naik susulan banyak permintaan.

Tidak hanya berpeluk tubuh, Daiyan Trisha mengambil inisiatif sendiri untuk menyalurkan derma bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah demi meringankan beban mereka ketika berdepan wabak COVID-19.

Difahamkan, Daiyan telah menyumbang lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan pertolongan disebabkan penularan wabak berkenaan.

BACA : Bantuan Khas COVID-19 (NADMA), Sila Download Borang Permohonan

“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.

“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama. Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.

“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama,” katanya kepada Harian Metro.

Daiyan turut berkongsikan beberapa platform untuk memberi sumbangan dan berharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat kepada individu lain yang turut sama mahu menghulurkan bantuan antaranya Mercy Malaysia, IMARET dan MyCARE.

“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.

“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.