Lagu I Am me dendangan usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Hamiza Othman ( Datuk Vida ) terus menjadi fenomena luar biasa di dalam negara.
Seperti yang kita dapat lihat, banyak video parodi yang dihasilkan dalam kalangan artis tempatan dan netizen sejak video lagu tersebut dilancarkan dua minggu lalu.
Datuk Seri Vida ketika ditemui di Istana DSV (Datuk Seri Vida) di Meru Heights, Ipoh pada Rabu lalu, beliau mencabar penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk menyanyikan lagu beliau itu lapor mStar Online.
“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.
“Sekarang saya nak seru Siti bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” ujarnya.
Bercakap mengenai sambutan luar biasa yang diterima oleh lagu itu, beliau mengakui tidak menduga pertaruhannya untuk bergelar penyanyi membuahkan hasil.
“Mulanya saya bimbang anadai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.
“Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya.
Selepas kejayaan single tersebut, Vida kini memasang impian untuk bergelar komposer.
Menurut Vida, minat utuk menjadi komposer terbit selepas melihat fenomena luar biasa lagu I Am Me yang kini mencapai 2.6 juta tontonan.
Beliau bukan sahaja mahu menghasilkan lirik lagu untuk diri sendiri tapi untuk artis terkemuka tanah air.
Datuk Vida menamakan Janna Nick sebagai artis pilihannya untuk menyanyikan lagu sulung ciptaannya nanti.
“Kalau boleh saya nak cari pelakon tapi boleh jadi penyanyi. Saya nak Janna Nick sebab dia ada perangai ‘gila-gila,” jelasnya.
Sumber- mStar Online