Mencari rezeki bukanlah sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, pekara tersebut merupakan tanggungjawab yang harus dilakukan bagi memperoleh rezeki yang halal.
Oleh itu, tidak hairanlah jika anak-anak yang masih bersekolah mencari peluang semasa cuti persekolahan ini untuk tampil membantu ibu bapa menambah pendapatan keluarga.
Jual jeruk tepi jalan
Menerusi satu perkongsian yang diperoleh di Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Syazajoe telah berkongsi beberapa gambar seorang remaja lelaki yang berhujanan menjual jeruk di tepi jalan.
Situasi hiba itu telah berjaya dirakam menerusi dalam kereta ketika cuaca hujan dan remaja itu masih gigih memegang banner jeruknya tanpa menghiraukan dirinya yang sudah basah kuyup.
Semoga dipermudahkan urusan cari rezeki
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter pengguna itu dengan pelbagai maklum balas.
Kebanyakkan mereka menzahirkan rasa simpati dan meminta agar sesiapa yang berada di kawasan berhampiran menyokong perniagaan remaja itu kerana usaha gigihnya mencari duit dalam keadaan cuaca kurang elok ini.
Memang meniaga dalam hujan lebat
Anggap je bersedekah sekali
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : syazajoe via KL PRESS