Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Bekas Isteri Suami

Posted on

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga sejak April lalu, kemelut antara Nina Iskandar dan bekas isteri suaminya masih tiada kesudahan.

Malah, Nina juga dituduh menjadi perampas dan punca suaminya iaitu penolong pengarah Azlan Adzanan atau Lan Lebah dan bekas isterinya bercerai. Bagaimanapun, Nina menafikan sekerasnya tuduhan tersebut.

Menerusi Instagram, Nina menjelaskan dia mula menjalin hubungan serius dengan Lan setahun selepas suaminya itu berpisah dengan bekas isterinya.

“Saya persumpah dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercerai secara rasminya pada Januari tahun lalu bukan Februari.

“Mereka dah lama ada msalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius selepas semua itu terjadi. Soal jodoh rahsia Allah,” tulisnya.

Nina turut meluahkan rasa kecewa apabila hal itu hanya mula dibangkitkan semula selepas majlis resepsinya Ahad lalu.

Dalam pada itu, Nina memberitahu dia sudah mempunyai semua bukti dan sudah pun menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorangnya merupakan jurusolek.

“Saya telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripad mereka merupakan jurusolek. Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.

“Kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula ‘menyalak’ semula,” katanya.

Terdahulu, Nina mencetuskan kontroversi panas apabila dia didkawa menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah itu bersama bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.