Dipercayai mangsa ilmu hitam, wanita 200kg meninggal dunia

Posted on

Wanita yang mengalami penyakit misteri dengan berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg), Nur Izzati Afiqah Hussian meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas.

Menerusi laporan Sinar Harian, ibu saudaranya, Zainab Hassan berkata, wanita berusia 29 tahun itu mengalami pendarahan luar biasa dan menjadi lemah sebelum menemui ajal.

“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.

“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.

Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas turut membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah sebelum disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.

Terdahulu, bekas tenaga pengajar sebuah kolej di Melaka itu menderita sejak Ogos lalu dengan mengalami rasa sakit di beberapa bahagian tubuh dan sering diganggu kejadian mistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.