Ditanya Adakah BetuI Jejaka Bertuah Yang Dimaksudkan Itu Anak Ahli ParIimen, lni Jawapan Mira FiIzah

Posted on

Kisah si manis Mira Filzah sentiasa menjadi pujaan satu negara. Sejak memberikan kenyataan dia sedang mengenali seseorang, pasti peminat tertanya-tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu.

Menurut sumber, jejaka yang mencuri hati Mira Filzah itu dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen dan adik kepada seorang pengacara, namun apabila ditanya, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu memilih untuk mengunci mulut.

Berdasarkan sumber Cik Pang (penulis Harian Metro) pula, jejaka berkenaan individu sama yang pernah rapat dengan Mira ketika mereka sama-sama belajar dulu. Cuma, hubungan terputus di tengah jalan apabila lelaki berkenaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mira Filzah

Biarpun pelbagai spekulasi tercetus sejak dia membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, Mira Filzah, tetap tegas dengan pendirian untuk tidak berbicara mengenai perkara itu.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak perlu melatah, sebaliknya membiarkan sahaja orang luar membuat telahan mengenai identiti jejaka itu.

Kata Cik Pang lagi, kalau jejaka yang dikatakan Mira dalam kenyataan terbarunya itu sama dengan individu dari masa silamnya, mungkin jejaka itu sudah kembali ke tanah air dan cinta lama berputik semula.

” Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

” Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.

” Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga,” katanya.

Prinsip yang dipegangnya itu juga membuatkan Mira enggan terlalu terbuka bercerita mengenai perancangan masa depan.

” Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.

” Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama,” katanya.

Baca : Sekarang Dah Boleh Nampak Leher Dan Betis – Diperli Netizen, Ini Respon Padu Mira Filzah

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Remy Ishak yang memadam gambar, selain tidak lagi mengikutinya di laman sosial, Instagram, sebelum menukar fikiran, Mira berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

” Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baharu sempena kedatangan 2020, jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya di media sosial.

” Mengenali Remy, dia sangat selektif, terutama dalam berkawan dan siapa yang mahu diikut di media sosial,” katanya yang menyifatkan, hubungan mereka selama ini berjalan atas dasar profesional.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit : bharian dan hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.