Gara-gara kontroversi mengenai dakwaan menukar jantina, Nur Sajat mengalami masalah alergi di bahagian badan sehingga terpaksa ditahan di hospital. Berita itu dikongsi Sajat menerusi gambarnya terbaring di hospital.
“Naik Alergi Badan Kita Sebab Cerita Semalam”
Menurut Sajat, alergi yang dialaminya hingga menyebabkan satu badannya kemerah-merahan adalah kerana isu terkini yang membabitkan dirinya yang didakwa menipu dalam proses pertukaran jantin di JPN.
Bagaimanapun Sajat ketika mengulas dakwaan itu, menafikan sekerasnya mengenai isu pertukaran jantina serta enggan memohon maaf. Dalam masa sama, Sajat juga mendakwa tidak mengenali wanita terbabit.
Manakala di ruangan komen, pelbagai reaksi timbul mengenai keadaan kesihatan Sajat. Selain menyarankan usahawan itu agar bertaubat ada juga pihak menyatakan alergi yang dialami sajat merupakan peringatan dari Allah.
Apapun harapnya apa sahaja penyakit yang Sajat alami sekarang dapat sembuh dengan cepat. Mungkin kebetulan saja badan gatal apabila membaca komen-komen pedas netizen mengenai kontroversi baru ini.