Dituduh ‘Perampas’ Kekasih Orang, Wafariena Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Posted on

Seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih kepada Syazuwan Hassan telah mendakwa pelakon lelaki itu berlaku curang dengan seorang pelakon wanita selepas 11 tahun menjalin hubungan cinta bersama. Malah, dia mendakwa dan menuduh Syazuwan Hassan menjalin hubungan cintan dengan pelakon baharu iaitu Wafariena Roslan.

Susulan daripada dakwaan tersebut, Wafariena tampil memberi respon ringkas melalui laman Instagramnya dan bertindak bakal mengambil tindakan saman terhadap fitnah tidak berasas.

Baca dan hadam betul-betul

Menerusi posting yang dikongsikan Wafariena, akuinya dia menerima pelbagai reaksi netizen yang mendakwa pelakon baharu wanita ini ‘berlagak’. Kata pelakon 7 Hari Mencintaiku 2, sesiapa sahaja berhak untuk mengambil tindakan saman sekiranya terima tuduhan dan dakwaan tidak benar terhadap diri masing-masing.

‘Bahasa kita menentukan sifat dari diri kita sendiri’. Al-kisah yang sebenar, baca dan hadam betul-betul pada yang menghina dan memfitnah Wafa. Ada netizen cakap Wafa berlagak nak saman bagai, bukan cakap nak belagak, benda dah tertulis dalam akta, antara Wafa nak ambil tindakan ataupun tak je.

Tapi kalau dah over sangat, bukan kata Wafa, sesiapa je berhak untuk ambil tindakan. Contohnya sekarang, dari pihak Wafa, manager Wafa sendiri pun dah dapat offer dari pihak peguam untuk kes macam ni. Harap fitnah-fitnah macam ni tak berterusan. Wafa lebih penting nak tumpukan kepada kerjaya Wafa sekarang.

Alhamdulilah, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tetap sokong Wafa dan terus beri kata-kata semangat dekat Wafa sampai sekarang. Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Nak tumpu kepada kerjaya

Tambahnya lagi, buat ketika ini dia bagaimanapun hendak menumpukan kepada kerjaya dalam bidang lakonan terlebih dahulu. Dikesempatan itu, Wafariena mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut dan peminat kerana telah memberi kata-kata semangat buatnya.

Sumber: Wafariena Roslan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.