Industri hiburan kita tak lari dari cerita-cerita panas, industri hiburan tanah air pernah dikejutkan dengan pengakuan pelakon Adam Shahz tentang dakwaan bekas isterinya Fatin Afeefa dikatakan bermain bomoh selepas Adam menemui beberapa bukti di rumahnya. Betul ke Fatin Afeefa bermaincinta dengan suami orang ?
Selepas pengakuan tersebut dibuat, kes tersebut terus senyap tiada khabar berita sehinggalah muncul dakwaan terbaru tentang Fatin Afeefa dikatakan bermain cinta dengan orang suami orang.
Menerusi laman Twitter, seorang wanita mendedahkan bukti dan mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. Wanita itu juga mendakwa, Fatin dikatakan tidur dengan suaminya dan gambar tular Fatin bercium dengan seorang lelaki merupakan suaminya.
Selepas gambar tersebut tersebar, Fatin sendiri menafikan wanita di dalam gambar itu bukan dirinya dan ianya adalah fitnah semata-mata.
Menurut wanita itu lagi, Fatin juga dikatakan pernah mengajak suaminya untuk tidur di rumah sewa pelakon itu dan semua bukti ada ditangannya.
Tambah wanita itu lagi, Fatin pernah berjanji untuk tidak lagi menghubungi suaminya, namun mereka masih lagi keluar bersama.
Sejak kisah ini tular, Fatin belum lagi tampil untuk memberikan penjelasan. Diharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.
SUMBER: BEAUTIFULNARA