“Eh Mai Aku Jadi Menteri Lah”. Bila Sharnaaz Ahmad Bersuara Pasal Larangan Merokok

Posted on

Sharnaaz Ahmad menawarkan dirinya untuk menjadi ‘menteri’ sekali gus menyelesaikan isu larangan merok0k yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu.

Pelakon yang memang selalu lantang bersuara di media sosial itu juga mengulas berhubung penguatkuasaan lokasi bebas asap rok0k yang dirasakannya dilakukan terlalu drastik.

Melalui beberapa siri ciapan di Twitter, Sharnaaz mencadangkan pelaksanaan langkah-langkah larangan merok0k wajar dijalankan secara berperingkat.

“Malaysia ni kalau nak buat sesuatu akta baru kena berperingkat, step by step oohh baby-lah… buat petak kuning untuk perok0k, meja asing jauh dari bukan perok0k.

“Kena perlahan-lahan, sampailah dah cukup didik bangsa Malaysia ni, baru full blast.. eh mai aku jadi menteri lah,” ciapnya.

Luahan Sharnaaz itu sebenarnya bermula sejak 8 Jan lalu.

Ketika itu, pelakon filem Darah Panas itu meluahkan rasa tidak berpuas hati berhubung larangan dan denda yang boleh dikenakan terhadap perok0k yang melanggar undang-undang.

Sharnaaz dalam kenyataannya itu membanding-bandingkan hukuman ke atas perok0k dengan tindakan dikenakan terhadap netizen yang didakwa menghina institusi raja dalam negara.

Itu pun salah

“Dahsyat undang-undang Malaysia, hisap rok0k kena denda sampai penjara, tapi menghina raja atau Agong, kena gantung kerja ja?

“Lepas tu minta maaf, selesai. Baik aku hisap rok0k ja lepas tu (cakap) opps sorry Ni musibat mana ajaq buat undang undang ni?” ciapnya.

Ia susulan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 baru-baru ini.

Peletakan jawatan baginda mengundang respon pelbagai di media sosial hingga ada beberapa netizen didakwa meninggalkan komen menghina.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata luahan itu tidak bermaksud dia enggan menerima undang-undang yang sudah diwartakan kerajaan.

“Memang baik larangan tu, kami perok0k sambut dengan baik,” katanya.

Malah kata Sharnaaz, dia sudah berhenti menghisap rok0k dan hanya menghisap vape.

“Saya dah berhenti merok0k, saya vape… tu pun salah,” katanya sebagai respon kepada salah seorang pengikutnya yang mengajak supaya berhenti menghisap rok0k.

sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.