Elak Buat Lima Benda Ni Jika Ziarah Rumah Ada Bayi Baru Lahir – Doktor

Posted on

Hari Raya bakal tiba sehari sahaja lagi. Walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), adab ziarah-menziarahi masih boleh dilakukan namun dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Ibu bapa khususnya dalam penularan wabak ini perlu lebih prihatin akan keselamatan anak-anak supaya tidak dijangkiti.

Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi pentingnya untuk mengamalkan lima perkara ini bagi mengelakkan kesan buruk kepada bayi.

5 perkara ni tolonglah sangat-sangat jangan buat kalau korang pergi rumah yang ada bayi baru lahir.

#1. Tolong jangan sesuka hati nak pegang lepas tu nak angkat pulak bayi tu. Kadang tu konon dah geram sangat, dicium-ciumnya pipi tembam budak tu.

Baby yang baru lahir ni immune system dia rendah sangat. Belum matang pun lagi.

Kita tak nampak kuman apa yang duk ada kat tangan kita ni, kat mulut kita ni. Kalau berjangkit masuk dalam badan kita sendiri mungkin tak ada kesan tapi kalau berjangkit kat si comel tu boleh akibatkan nyawa dia terancam.

#2. Kalau dah nampak baby tu tengah sedap tidur, janganlah duk gatal nak kejutkan dia.

Tak payah mengada nak tengok mata baby la, nak tengok baby senyum la, siap tu ada yang nak main cak cak lagi.

Baby tu bukan boleh tengok sangat pun siapa kat depan dia. Mata dia baru nampak bentuk bayang-bayang je.

Lagi haru kalau masa kita kejut budak tu, rupanya dia baru je tidur dan sebelum tu, proses si mak nak tidurkan baby dah ambil masa yang lama. Tak pasal-pasal mak yang tengah berpantang tu jadi depress dengan perangai si tetamu.

#3. Tak usah nak tunjuk pandai mengajar petua macam-macam dekat ibu muda tu.

Itu tak boleh, ini tak boleh. Duk berlunjur salah, nak duduk bersimpuh pun tak dibaginya.

Kena faham ye, ibu yang tengah berpantang ni perkara yang dia betul-betul perlukan ialah sokongan moral dan mental dari orang kat keliling dia.

Kalau dia tanya kita kongsilah. Tapi kalau tak, kita tak payah memandai. Cukup ucapkan kata-kata semangat yang buatkan dia rasa selesa.

#4. Datang melawat tapi lepas tu tak reti-reti nak balik.

Lama sungguh duduk kat rumah orang. Mak yang tengah berpantang tu badan dia masih keletihan. Perlukan rehat, perlukan tidur.

Ni kalau datang ziarah bukan main lama, berborak riang dengan suara nyaring sampai satu taman boleh dengar, tak ke stress mak tadi.

Silap haribulan stress dia tu sampai buatkan dia terkena penyakit meroyan (postpartum depression). Nauzubillah.

#5. Mana yang rasa diri tu suka merokok, tolonglah jangan sengaja datang duk dekat dengan baby tu.

Walaupun merokok tu mungkin dah 2 atau 3 jam lepas, tapi habuk asap rokok, partikel nicotine dan bahan kimia tetap ada melekat kat rambut, mulut, kulit dan pakaian.

Benda toksik tu kalau bayi tersedut boleh buatkan keradangan pada saluran pernafasan dia yang halus tu lalu nafas baby jadi semput.

Semua yang saya tulis ni sebenarnya tanpa sedar selalu kita buat masa berziarah kat rumah orang. Tak nak lah niat baik kita nak rapatkan silaturahim akhirnya beri kesan buruk pada kesihatan mak yang tengah berpantang dan kesihatan bayi yang masih kecil.

Biasa sangat kami jumpa bayi yang terpaksa kena cucuk ambil darah kemudian admit masuk wad sebab berjangkit dengan orang dewasa yang tak sihat. Kesian woih.

Tolong #sebarkan pesanan ni kat ahli keluarga dan kawan-kawan kita ye. Sama-sama kita beringat. Dua hari je lagi nak beraya. Nanti mesti ada jugak yang akan berkunjung ke rumah orang atau orang lain yang datang ke rumah kita.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB saya ni dan set ‘see first’ sekali supaya kita tak terlepas info kesihatan penting macam ni lain kali.

#notaDrALB

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.